Ini adalah entry pertama saya mengenai Umrah jadi jika ada kekurangan/kesilapan informasi, maafkan saya. Dalam blog ini, saya nak share pengalaman persediaan sebelum, semasa dan selepas mengerjakan umrah bulan December depan. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut atau anda sedang membaca entry ini bukan pada tahun 2015, boleh e-mail kepada saya terus di nor_alia87@yahoo.com. Insha Allah jika saya ada kesempatan masa, saya balas.
Idea untuk mengerjakan umrah ni diutarakan oleh Ibu saya awal tahun haritu, lantas disokong verbal oleh saya, kewangan disokong oleh Ayah saya dan akhirnya diizinkan oleh Allah S.W.T. Alhamdulillah, sehingga kini, 30% persediaan untuk ke Mekah dah selesai. 30% itu adalah :-
1. Bayaran untuk kos mengerjakan Umrah;
2. Persediaan documents; dan
3. Permohonan cuti (penjawat awam).
Tujuan saya ke sana, nak jaga Ibu sebab dia ada lelah. Orang ada lelah ni kena extra-care sebab hujung tahun kan musim hujan/sejuk, ditambah dengan sakit kaki menyebabkan ibu terpaksa solat guna kerusi. Saya duk pikir, nanti ayah ke nak bawakan kerusi ibu hulu hilir? ayah pun dah tua. Kalau apa-apa jadi, ayah boleh teruskan ibadah, biar saya jaga Ibu. Yakin ayah mampu jaga walaupun takda saya, tapi ibu sendiri request saya ikut sebab dia kata "ibu senang nano jaga, ajak nano sebab nano bujang, takda komitmen keluarga" katanya, masa awal tahun haritu. Nah, bulan July yang lepas saya dah selamat dinikahkan oleh ayah huhu tapi Alhamdulillah, suami saya izinkan sebab kebetulan sebelum kami berkenalan, dia pun rancang pergi Umrah dengan Mak (Mertua) bulan Dec ni. Cuma beza 2hari sahaja, saya pergi dulu, nanti jumpa sayang kat sana.
Indahkan rancangan Allah S.W.T ni?
"Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Umrah, maka permudahkanlah bagiku.."
Ameenn.
Teruskan pembacaan di entry seterusnya. Terima kasih semua.
Assalamualaikum..
Gambar pinjam dari |