- Cuti rehat; dan
- Cuti tanpa gaji.
Jika baki cuti masih banyak, ada 12 hingga 14 hari, permohonan cuti rehat boleh dimohon dengan cara biasa. Isi borang permohonan cuti ke luar negara, habis cerita. Jangan lupa klik (sebab sekarang guna sistem HRMIS) untuk mohon insurans perjalanan. Tempoh mohon, standard di Jabatan PDRM is 1 bulan sebelum tarikh cuti bermula.
Jika baki cuti lebih dari 10 hari tapi kurang dari 12 hingga 14 hari, permohonan cuti rehat boleh dimohon dengan cara biasa tetapi, perlukan budi bicara bos kita nak luluskan atau tidak. Selalunya tak lulus. Tapi kita boleh cuba >.<
Jika baki cuti lebih dari 5 hari tapi kurang 10 hari, pergilah umrah masa penghujung Disember. Urusan yang complicated sebab nak mohon cuti yang kita belum layak ambil. Justeru, mohonla lebih dari sebulan sebelum tarikh mengerjakan umrah.
Cuti tanpa gaji
Digunakan jika cuti kurang dari 12 hingga 14 hari. Be prepared untuk tidak mempunyai income selama sebulan sebab by hook or by crook, komitmen nak kena bayar. Kalau tak, nama kau siap-siap ada dalam list C-Cris. Cara untuk memohon cuti tanpa gaji :-
- Dapatkan borang cuti tanpa gaji di pejabat admin; atau
- Isi borang melalui sistem;
- Isi informasi yang diperlukan contoh : gaji bersih, pendapatan sampingan, pendapatan suami;
- Jika tiada dokumen sokongan (pengesahan dari pejabat travel agency) isi sebab-sebab cuti : 'URUSAN PERIBADI'; atau
- Jika ada, lampirkan sekali dengan borang cuti; dan
- Submit selewat-lewatnya satu bulan sebelum mengikut exact date nak start cuti.
- Bos kita;
- Pejabat pendtadbiran (HR);
- Bahagian rekod personel;
- Bahagian kewangan;
- Unit Gaji.
Implikasi cuti tanpa gaji dan dalam tempoh cuti itu kita ke luar negara, maka lepas habis cuti tersebut ada tempoh edah 5 tahun tak boleh mohon cuti tanpa gaji untuk ke luar negara sekali lagi. Lama gila kan? Mampu ke? There's so many way, you'll find it insha Allah! Semoga berjaya
**Alhamdulillah urusan tough ini dipermudahkan. Bagi saya tough sebab banyak sangat birokrasi. hummm